Ikuti Kami:

Lepas ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Park Gyuyoung Bakal Bergandingan Dengan Jisung Dalam ‘Devil Judge’

Lepas ‘It’s Okay To Not Be Okay’, Park Gyuyoung Bakal Bergandingan Dengan Jisung Dalam ‘Devil Judge’

Lepas sahaja tamat “It’s Okay To Not Be Okay”, nampaknya Park Gyu-young yang membawa watak Nam Ju-ri mungkin akan kembali ke dunia drama menerusi drama yang membariskan pelakon hebat Ji Sung.

Kalau anda nak tahu, “Devil Judge” membawa kisah seorang ketua hakim yang menukar mahkamah sebagai pentas dunia realiti bagi menghukum mana yang salah. Selain, dalam diam terdapat seorang lagi hakim lain yang dalam misi untuk membongkar identiti sebenar ketua hakim itu.

devil judge

Daripda khabar angin yang berterbangan itu, agensi pelakon wanita itu iaitu Saram Entertainment telah tampil memberikan kenyataan,

Park Gyu-young telah menerima tawaran untuk membintangi drama ‘Devil Judge’ dan dia kini sedang meneliti naskhah tawaran itu secara positif.

Jikalau wanita itu menerima tawaran tersebut, dia akan menggalas tanggungjawab watak Yoon Soo-hyun yang merupakan sahabat lama kepada Kim Ga-on (Jin-young). Sudah pun 5 kali meluahkan perasaannya kepada lelaki itu sejak tadika, tetapi dia merupakan seorang wanita yang tak tahu mengalah. Selepas bergraduasi daripada akademi polis, Yoon So-hyun menjadi detektif paling hebat dalam pasukan penyiasatan yang disertainya. Bukan sahaja berdedikasi, wanita tersebut juga cantik sehingga membuatkan dia menjadi lebih popular namun Kim Ga-on sepertinya tak nampak langsung persona wanita itu. Oleh kerana dia merupakan sahabat baik lelaki itu, Yoo Soo-hyun sanggup mempertaruhkan apa sahaja untuk melindungi Kim Ga-on.

park gyuyoung devil judge

Tak sabarnya nak tengok Park Gyu-young berganding tenaga dengan Ji Sung dan Jin-young sekiranya dia menerima tawaran ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...