Lepas Dituduh Membahayakan Nyawa Panda, Tayangan Episod Akhir ’24/365 With BLACKPINK’ Dibatalkan

blackpink dikritik pegang anak panda

Ingat tak apabila BLACKPINK baru-baru ini terpalit dengan kontroversi kononnya memegang panda sewenangnya meskipun ia dihalang oleh kerajaan China? Nampaknya isu ini telah pun mendapat perhatian agensi naungan mereka, YG Entertainment.

Setelah mengambil kira segala aspek, pihak mereka membuat keputusan untuk menangguhkan tayangan episod akhir program “24/365 with BLACKPINK” yang sepatutnya ditayangkan pada 7 November lalu.

Hello, kami membuat keputusan untuk menangguhkan tayangan episod akhir ’24/365 With BLACKPINK’ yang sepatutnya ditayangkan hari ini, 7 November (Sabtu).

Sila ambil perhatian bahawa interaksi di antara BLACKPINK dan panda di Zoo Everland berjalan dengan pemerhatian para profesional seperti doktor haiwan dan penjaga haiwan. Kami mengikuti kuarantin ketat dan protokol kebersihan. Malah ahli BLACKPINK turut menyarungkan pakaian pelindung, topeng dan sarung tangan apabila memegang anak panda tersebut. Kami juga mampu meyakinkan bahawa tangan dan kasut semua orang telah disanitasikan secara kerap sepanjang penggambaran itu.

Pun begitu, kami memahami dan setuju dengan cadangan pakar pemulihan yang ‘siaran bukan profesional berinteraksi secara rapat dengan anak panda’ boleh menimbulkan pelbagai salah faham. Kami juga menghargai dan menghormati kerjasama pihak antarabangsa, disebabkan itu, kami membuat keputusan untuk tidak menayangkan episod berkenaan.

Kami berterima kasih atas kerisauan anda. Bagi BLACKPINK dan para panda yang mengikuti penggambaran tersebut, sila terus berikan perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah bagi buat mereka.

blackpink dikritik pegang anak panda

Semoga orang ramai yang kesal dengan episod ini akan berpuas hati dengan keputusan untuk membatalkan tayangan episod berkenaan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply