Ikuti Kami:

“Lemak Di Pipi Dah Tiada Sebab..” – Ramai Bertanya, Moon Chaewon Ulas Sebab Kian Kurus

“Lemak Di Pipi Dah Tiada Sebab..” – Ramai Bertanya, Moon Chaewon Ulas Sebab Kian Kurus

Apa-apa sahaja drama lakonan Moon Chae-won pastinya tak akan menghampkan kerana kebolehan wanita itu memilih naskhah yang baik.

Terbaru dalam “Payback”, dia telah membawa watak Park Joon-young iaitu seorang mejar tentera yang cuba membongkar kebenaran di sebalik kematian ibunya dan bekerjasama dengan pengedar wang, lakonan Lee Sun-kyun.

Menerusi sebuah temubual istimewa, Moon Chae-won telah berkongsi pelbagai cerita di sebalik tabir drama itu. Antara yang diceritakan wanita itu adalah mengenai sebab wajahnya yang kian runcing kian berbanding dalam “Flower Of Evil”,

Lemak di pipi saya menghilang. Perasan tak bahawa orang tua sukakan lemak di pipi semasa kecil. Apabila semakin meningkat usia, ianya kian menghilang.

moon chaewon payback

Kongsinya tertawa,

Orang tua asyik bertanya ke mana ia menghilang. Sepertinya mereka sangat sukakan pipi itu.

Dalam pada itu, Moon Chae-won turut berkongsi bahawa dia tidak kisah sekiranya perlu tampil tanpa sebarang solekan semasa penggambaran.

Makin menawan Moon Chae-won!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...