Ikuti Kami:

Lelaki Kembali Berusia 18 Tahun & Sekelas Dengan Anak Sendiri, Episod Awal ’18 Again’ Catat Rating Baik

Lelaki Kembali Berusia 18 Tahun & Sekelas Dengan Anak Sendiri, Episod Awal ’18 Again’ Catat Rating Baik

Rindu rasanya nak tengok Kim Ha-neul berlakon! Ubati rindu anda kini dengan menonton drama terbaru yang diterajuinya iaitu “18 Again” yang baru sahaja memulakan tayangan di JTBC.

Sinopsis ringkas

Membawa kisah seorang suami yang di ambang penceraian namun secara tiba-tiba kembali dalam tubuhnya ketika berusia 18 tahun. Kerana kembali ke wajah lamanya, si suami iaitu Hong Dae-young (Yoon Sang-hyun) mengubah nama kepada Go Woo-young (Lee Do-hyun) begi meneruskan hidupnya. Manakala si isteri (Jung Da-jung) memulakan kehidupannya sedikit lewat sebagai pembaca berita selepas membesarkan anak kembar mereka yang sudah pun berusia 18 tahun.

episod awal 18 again

Babak kelakar diselang seli dengan babak sedih

Memang kelakar apabila melihat Hong Dae-young yang kembali semula ke badannya ketika berusia 18 tahun dan terpaksa menggunakan identiti lain. Lagi best, lelaki itu kini menjadi rakan sekelas dengan anak kembarnya iaitu Hong Shi-woo (Ryeo Woon) dan Hong Shi-a (Roh Jeong-ee). Macam-macam telatah menggelikan hati apabila melihat dia cuba menyesuaikan diri kembali dengan dirinya sewaktu muda dan terpaksa menjadi sahabat anak-anaknya. Susah nak kawal naluri ayahnya itu!

episod awal 18 again

Pun begitu, “18 Again” juga turut menyelitkan realiti sebenar mengenai pasangan berkahwin yang terus mengalami masalah rumah tangga meskipun sudah lama hidup bersama. Bahkan mempunyai anak sebenarnya bukanlah solusi utama kepada perpecahan dan rasa cinta yang mula pudar.

Terima respons positif penonton

Baru dua episod ditayangkan tetapi drama ini dah berjaya menarik perhatian penonton dengan babaknya yang kelakar dan juga menyentuh perasaan. Tambahan pula, Lee Do-hyun berterusan membuktikan dirinya sebagai pelakon baru yang berbakat apabila berjaya melakonkan watak seseorang yang berusia 37 tahun namun terperangkap dalam badan yang usianya 18 tahun.

episod awal 18 again

Rating drama ini juga kian meningkat pada saban tayangannya apabila rekod episod pertama iaitu 1.753% dipecahkan ketika episod kedua dengan catatan melebihi garisan 2% iaitu 2.417%.

Saksikan drama kehidupan yang kelakar ini pada setiap Isnin dan Selasa di JTBC!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...