Ikuti Kami:

Lee Youngae Dipuji Pilih Buat ‘Comeback’ Dalam ‘Inspector Koo’ Meski Diarah Pengarah Amatur

Lee Youngae Dipuji Pilih Buat ‘Comeback’ Dalam ‘Inspector Koo’ Meski Diarah Pengarah Amatur

Apabila menjadi seorang pelakon, banyak pilihan projek yang boleh dipilih oleh mereka. Tambahan pula, sekiranya anda merupakan pelakon ‘top’ yang menjadi rebutan ramai, lagi luas tawaran yang ada. Lebih baik sekiranya memilih kerja daripada pengarah terkenal, memandangkan ada jaminan untuk berjaya?

Tapi lain bagi Lee Young-ae apabila dia memilih untuk membuat ‘comeback’ selepas 4 tahun dalam dunia K-Drama dengan projek yang diarahkan pengarah amatur.

Jawab Lee Young-ae mengenai pilihannya itu,

Pengarah secara peribadi membentuk skrip ini selama 10 tahun, jadi ianya sangat padat. Walaupun dia merupakan pengarah amatur, namun ianya langsung tidak mengganggu pilihan projek saya.

lee youngae inspector koo

Disebabkan oleh sikap tidak memilih pelakon popular itu, ianya secara tak langsung membuka peluang buat pengarah dan penulis baru dalam mempersembahkan garapan mereka dengan berkualiti.

Malah Lee Young-ae terus dipuji ramai kerana membawa watak tidak konvensional menerusi “Inspector Koo”. Dengan rambut yang kusut masai dan pakaian selekeh, wanita itu menyiasat kes pembunuhan bersiri yang melibatkan seorang pelajar kolej.

Asalkan cerita syok kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...