Ikuti Kami:

Lee Yeonhee Umum Bakal Berkahwin Dengan Tunang Bukan Selebriti 2 Jun Ini!

Lee Yeonhee Umum Bakal Berkahwin Dengan Tunang Bukan Selebriti 2 Jun Ini!

Berita gembira kerana pelakon Lee Yeon-hee bakal menamatkan zaman bujangnya dengan teman lelaki bukan selebritinya.

Syarikat naungannya iaitu SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perihal tersebut.

Lee Yeon-hee bakal berkahwin dengan seorang yang sangat berharga dan seorang lelaki yang ditakdirkan untuk hidup bersamanya. Tunangnya bukanlah seorang selebriti dan majlis perkahwinan mereka akan mengambil tempat pada 2 Jun ini dengan kehadiran keluarga rapat sahaja.

Bagi menghormati privasi tunang Lee Yeon-hee dan keluarganya yang tidak terlibat dengan industri seni, kami tidak akan mendedahkan lokasi dan waktu majlis.

Lee Yeon-hee juga akan teruskan dengan karier lakonannya selain berjanji akan menunjukkan imej yang baik sama seperti selalu pada orang awam. Sila tinggalkan ucapan tahniah kepada Lee Yeon-hee yang bakal memasuki fasa baru hidupnya.

lee yeonhee bakal berkahwin jun

Pelakon wanita itu juga tidak lupa untuk menulis surat istimewa buat peminatnya dan mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang sangat bermakna baginya.

Tahniah!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...