Ikuti Kami:

Lee Sungmin & Yoo Yeonseok Sah Terajui Siri Thriller Pembunuhan ‘A Day Of Misfortune’

Lee Sungmin & Yoo Yeonseok Sah Terajui Siri Thriller Pembunuhan ‘A Day Of Misfortune’

Platform TVING akhirnya mengesahkan barisan pelakon untuk siri asal “The Day Of Misfortune”.

Drama berdasarkan webtoon dengan nama yang sama itu ialah siri thriller mengenai pemandu teksi biasa Oh Taek (Lee Sung-min) yang membawa penumpang mahal (Yoo Yeon-seok) ke Mokpo dan memulakan pemanduan yang mengerikan apabila menyedari lelaki itu sebenarnya pembunuh bersiri.

tving the day of misfortune

Lee Sung-min akan membawa watak Oh Taek iaitu pemandu teksi yang seperti bermimpi apabila menerima bayaran sebanyak 1 juta won untuk perjalanan ke Mokpo. Lee Sung-min. Yoo Yeon-seok pula berlakon sebagai Geum Hyuk-soo, seorang pembunuh bersiri yang mahu ke Mokpo bagi melarikan diri dan menutup pembunuhan yang dilakukannya. Manakala Lee Jung-eun memegang watak Hwang Sun-gyu iaitu seorang ibu yang mengejar pembunuh anaknya.

Khabarnya, “The Day Of Misfortune” akan ditayangkan di TVING pada separuh kedua tahun ini.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...