Secara tiba-tiba, ramai yang mempersoalkan mengenai kelakuan mesra pelakon senior, Choi Min-soo pada Lee Se-young ketika sidang media drama “Motel California”.
Video dari pertemuan media itu telah dipaparkan di akaun Instagram rasmi MBC Drama, di mana kedua-dua pelakon tersebut posing di hadapan kamera bersama-sama.
Dalam klip itu, Choi Min-soo dilihat menggosok lengan Lee Se-young ketika kamera mula mengambil gambar, dan kemudian dia membuat beberapa pose comel bersamanya.
Video itu sejak itu mencetuskan perdebatan yang serius kerana ada peminat yang merasakan cara pelakon senior itu menyentuh Lee Se-young adalah tidak sesuai dan wanita itu sepertinya kelihatan tidak selesa. Sebaliknya, ada juga yang berpendapat bahawa klip itu telah diambil di luar konteks dan kelakuan Choi Min-soo hanyalah seperti tindakan seorang bapa datang buat anaknya.
View this post on Instagram
Komen yang lain,
- Dia kelihatan tidak selesa.
- Ini rasa macam gangguan seksual.
- Korang patut tengok keseluruhan video. Choi Min-soo hanya bergurau kerana Se-young menggigil akibat terlalu gementar. Se-young malah menjerit, ‘Ayah, berhentilah!’
- Tolong berhenti ganggu Choi Min-soo. Dia seorang lelaki berkeluarga yang sejati. Macam mana kau boleh cakap begitu!
- Dia kata dalam satu temu bual bahawa dia seperti bapa sebenar di set. Nampaknya dia cuba meredakan ketegangan dengan sikap cerianya.
Mungkin kerana dipenuhi dengan kata-kata kritikan, akaun itu dilihat telah menutup ruangan komen tersebut untuk video tersebut sahaja.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.