Ikuti Kami:

Lee Seyoung Akui Guna Foto Lee Junho Sebagai Wallpaper Telefon, Tapi Kenapa?

Lee Seyoung Akui Guna Foto Lee Junho Sebagai Wallpaper Telefon, Tapi Kenapa?

Sudah pun tamat hampir sebulan, namun ramai yang masih lagi teringatkan drama “The Red Sleeve” kan?

Tidak dinafikan bahawa drama itu menjadi ikutan ramai kerana keserasian yang menakjubkan antara pelakon utamanya iaitu Lee Jun-ho dan Lee Se-young.

Menerusi program “Radio Star”, pelakon wanita itu telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai wataknya sebagai Sung Deok-im.

Apabila ditanya bagaimana dia mencipta keserasian bersama Lee Jun-ho, Lee Se-young tanpa segan mengakui bahawa dia meletakkan foto lelaki itu sebagai latar belakang telefon bimbit sebagai rahsia untuk membangkitkan rasa romantik itu.

lee seyoung radio star

Namun jangan ‘speku’ berlebihan kerana jelas Lee Se-young, dia turut melakukan hal yang sama semasa menjalani penggambaran drama “The Crowned Clown”,

Pada masa lalu, saya pernah meletakkan Yeo Jin-goo (pasangan lakonan) sebagai latar telefon.

Malah terdapat episod kelakar yang berlaku,

Saya tertangkap oleh wartawan semasa sedang menjalani temuramah pada ketika itu.

lee seyoung radio star

Bukan itu sahaja, Lee Se-young yang sememangnya popular sebagai pelakon yang hebat dalam drama bersejarah, terus mendapat kepercayaan ramai selepas “The Red Sleeve”. Kata mereka, “Jikalau pengiring istana Ui-bin dilahirkan semula, bukankah dia adalah Lee Se-young?”

Tak sabar nak tengok drama lakonan Lee Se-young yang baru nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...