Nampaknya, tahun ni ada program hiburan baru la!
Terbaru, TVING mengesahkan bahawa Lee Seung-gi, Yoo Yeon-seok, Lee Dong-hwi, Ji Suk-jin, Kyu-hyun Super Junior serta Hoshi dan Joshua dari SEVENTEEN akan menyertai sebuah program hiburan bertajuk “Bro Marble” yang bakal ditayangkan pada separuh pertama tahun 2023 ini.
Untuk maklumat, “Bro Marble” akan menjadi program hiburan di mana peserta akan menikmati percutian melalui permainan Blue Marble (permainan papan Korea yang menyerupai Monopoli) dalam kehidupan sebenar di Dubai.
Dalam program itu, para peserta akan menghadapi situasi yang sukar di pelbagai tempat seperti mengembara tanpa duit di tengah padang pasir dan melarikan diri ke pulau yang terbiar.
Malah, program ini juga akan meningkatkan jangkaan para peserta kerana mereka berpeluang untuk memenangi wang selepas mengatasi pelbagai halangan.
Sama-sama kita nantikan tayangan program “Bro Marble” ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉