Ikuti Kami:

Lee Seunggi Beri Respon Selepas Didakwa Sedang Dalam Persiapan Untuk Mengahwini Lee Dain

Lee Seunggi Beri Respon Selepas Didakwa Sedang Dalam Persiapan Untuk Mengahwini Lee Dain

Selepas mengumumkan mengenai hubungannya bersama pelakon Lee Da-in, nampaknya ada pula khabar angin yang berterbangan mengatakan bahawa Lee Seung-gi kini dalam persediaan untuk berkahwin tak lama lagi.

Tambahan pula gambar Lee Seung-gi membawa Lee Da-in berjumpa dengan neneknya telah tersebar di serata media sosial lantas menguatkan lagi khabar angin tersebut.

lee seunggi dan lee dain

Bagi menjawab persoalan ramai, agensi yang dikelola oleh Lee Seung-gi sendiri telah membuat kenyataan rasmi mengenainya,

Hello, ini ialah agensi baru pelakon dan penyanyi Lee Seung-gi, Human Made,

Pertama sekali, kami ingin memohon maaf kerana lambat mengeluarkan kenyataan ini disebabkan oleh proses membangunkan agensi ini.

Seperti yang dilaporkan oleh media, Lee Seung-gi mempunyai perasaan yang positif terhadap Lee Da-in dan mereka berada pada tahap di mana keduanya sedang mengenali hati satu sama lain.

Walaubagaimanapun, kami meminta anda supaya tidak menyebarkan spekulasi tidak sahih selain laporan tidak rasmi. Kami berharap agar anda dapat menyokong dan melihat  hubungan mereka dengan baik.

Selain itu, kami ingin meluahkan rasa terima kasih kepada CEO Kwon Jin-wook di Hook Entertainment dan juga seluruh keluarga di sana di mana Lee Seung-gi telah menghabiskan masa selama 18 tahun di sana termasuk semasa menjadi pelatih. Kami akan terus menyokong satu sama lain pada masa hadapan juga.

Kami meminta anda memberikan sokongan yang penuh kepada artis Juman Made iaitu Lee Seung-gi pada masa hadapan sementelah dia memulakan perjalanan yang baru ini. Terima kasih.

Daripada kenyataan ini, dapat disimpulkan bahawa Lee Seung-gi menolak khabar angin tersebut dan meminta orang ramai menyokong hubungan dengan Lee Da-in.

Bila sampai masanya, pasti mereka akan berkahwin kan? Jadi, kita beri sokongan sahaja sebagai peminat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...