Ikuti Kami:

Lee Seojin Lalui Transformasi Mengejutkan Dalam Drama ‘Internal Medicine Doctor Park’

Lee Seojin Lalui Transformasi Mengejutkan Dalam Drama ‘Internal Medicine Doctor Park’

Setelah sekian lama tidak menghiasi dunia K-Drama, akhirnya Lee Seo-jin bakal kembali dengan sebuah naskhah baru.

Dihasilkan TVING, “Internal Medicine Doctor Park” membawa kisah seorang doktor baru yang ‘lawak namun sedih’.

Pertama kali berlakon komedi, Lee Seo-jin yang biasa tampil kacak memilih untuk mengubah penampilannya sebagai Doktor Park yang berimpian untuk hidup kaya dan dihormati. Dia merupakan seorang pencari rezeki yang cuba memberikan yang terbaik buat pesakitnya tapi mengalami masalah keguguran rambut kerana meletakkan tekanan berat buat diri sendiri.

lee seojin

Lihat sahaja poster drama ini, dapat dilihat transformasi yang dicuba oleh Lee Seo-jin menerusi naskhah ini.

“Internal Medicine Doctor Park” akan mula bersiaran di TVING pada Januari 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...