Ikuti Kami:

Lee Sangyi Bakal Nyanyi OST Terakhir ‘Hometown Cha Cha Cha’

Lee Sangyi Bakal Nyanyi OST Terakhir ‘Hometown Cha Cha Cha’

 Nampaknya “Hometown Cha Cha Cha” benar-benar bakal berakhir kerana drama itu bakal meriliskan OST (runut bunyi) terakhirnya tak lama lagi.

Lebih menyeronokkan kerana runut bunyi bahagian ke-8 itu akan dinyanyikan oleh teraju utamanya sendiri iaitu Lee Sang-yi yang membawa watak Ji Seung-hyun. Terkenal kerana hatinya yang baik dan cinta tidak kesampaian dengan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah), lirik runut bunyi “Hope For Happiness” itu menggambarkan secara sempurna mengenai perasaan mengharapkan seseorang yang dicintai berasa bahagia.

Liriknya dikatakan pasti akan meninggalkan kesan buat penonton kerana ia meluahkan perasaan sebenar Ji Seung-hyun,

Saya mahu awak bahagia. Walaupun bukan kerana saya, saya berharap agar awak agar mencintai saya.

lee sangyi hometown cha cha cha

Kalau anda perasan, sebahagian daripada lagu itu dimainkan semasa penghujung episod ke-14 baru-baru ini semasa Hong Du-shik (Kim Seon-ho) menulis ‘bucket list’ yang mahu dilakukan bersama Yoon Hye-jin.

“Hope For Happiness” akan dilancarkan pada 17 Oktober jam 6 petang, iaitu hari yang sama episod terakhir “Hometown Cha Cha Cha” ditayangkan.

Mesti korang tak sabar nak dengar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...