Ikuti Kami:

“Lee Sangyeob Sangat Hampir Dengan Stail Lelaki Idaman Saya” – Jessi Buat Pengakuan Mengejut

“Lee Sangyeob Sangat Hampir Dengan Stail Lelaki Idaman Saya” – Jessi Buat Pengakuan Mengejut

Ramai sebenarnya selebriti yang popular dek muncul dalam “Running Man”, antara daripada mereka ialah penyanyi solo Jessi dan pelakon Lee Sang-yeob.

Meskipun tidak pernah muncul sekali dalam rancangan tersebut namun kedua mereka pernah bertemu ketika episod pertama program “The Sixth Sense”. Walaupun hanya sekali berjumpa, tapai keserasian yang ditunjukkan pada ketika itu sangatlah kelakar dan menghiburkan.

Baru-baru ini, Jessi telah menjemput Lee Sang-yeob sebagai tetamu di program YouTube kelolannya iaitu ‘Showterview’.

jessi dan lee sangyeob

Penyanyi solo itu tak lupa untuk memuji lelaki tersebut,

Lee Sang-yeob ialah seorang yang baik. Dia membuatkan orang mahu rapat dengannya.

Bahkan apabila Lee Sang-yeon menonjolkan perangainya yang gila-gila dan suka merajuk secara tiba-tiba, Jessi berterusan memujinya,

Lee Sang-yeob sangat dekat dengan stail lelaki idaman saya. Sejak lahir, ini adalah pertama kali saya mengungkapkan kata-kata seperti ini.

jessi dan lee sangyeob

Daripada tak kenal langsung sampai dah jadi lelaki idaman, hebat betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...