Ikuti Kami:

Lee Sangyeob Sah Terajui Drama Kehidupan Di Pejabat ‘Not Crazy’

Lee Sangyeob Sah Terajui Drama Kehidupan Di Pejabat ‘Not Crazy’

Selepas “Good Casting” dan “Once Again”, pelakon Lee Sang-yeob disahkan bakal membintangi sebuah drama bertemakan kehidupan di pejabat di saluran MBC.

“Not Crazy” membawa kisah kelangsungan hidup staf pertengahan usia yang perlu menyesuaikan diri dengan suasana yang bergelora. Daripada rasa ingin ‘lari’ ataupun ‘berhenti’, pastinya setiap kakitangan pejabat pernah mengalami perasaan ini sekali dalam kehidupan bekerja.

lee sangyeob

Lee Sang-yeob dikatakan akan melakonkan watak Han Se-kwon iaitu staf di bahagian elektronik syarikat tersebut. Meskipun mempunyai hubungan saudara dengan pemilik syarikat itu, dia langsung tidak diakui oleh keluarga kaya tersebut. Oleh itu, dia mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya supaya dapat membuktikan keupayaannya.

Selain Lee Sang-yeob, pelakon Moon So-ri dan Jung Jae-young dan Kim Nam-hee turut ditawarkan untuk membintangi drama ini.

Lee Sang-yeob berlakon best kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...