Ikuti Kami:

Lee Sangyeob, Mijoo & PD Jung Chulmin Positif COVID-19, Tayangan Perdana ‘The Sixth Sense 3’ Ditunda

Lee Sangyeob, Mijoo & PD Jung Chulmin Positif COVID-19, Tayangan Perdana ‘The Sixth Sense 3’ Ditunda

Tayangan perdana “The Sixth Sense 3” telah ditangguhkan akibat COVID-19.

Sebelum ini, “The Sixth Sense 3” telah ditetapkan untuk tayangan pada 11 Mac. Walau bagaimanapun, ia terpaksa ditangguhkan selama seminggu kerana pengarah penerbitan (PD) program Jung Chul-min, Lee Sang-yeob dan terbaru Lee Mi-joo, disahkan positif COVID-19. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh tvN:

Disebabkan susulan kes COVID-19 di set, ‘The Sixth Sense 3’ yang pada asalnya ditetapkan untuk tayangan perdana pada 11 Mac, akan ditangguhkan selama seminggu dan bakal ditayangkan pada 18 Mac jam 7:40 malam.

Kami meminta pemahaman penonton yang menunggu ‘The Sixth Sense 3’, atas keputusan yang tidak dapat dielakkan, untuk mendapatkan persekitaran pengeluaran yang stabil. Kami akan terus melakukan yang terbaik dalam pengurusan keselamatan dengan mengikut garis panduan pihak berkuasa kawalan penyakit.

mijoo lee sangyeob positif covid

Semoga cepat sembuh PD Jung Chul-min, Lee Sang-yeob dan Lee Mi-joo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...