Ikuti Kami:

Lee Sangyeob Dilapor Bakal Sertai Musim Kedua ‘The Sixth Sense’ Sebagai Ahli Tetap

Lee Sangyeob Dilapor Bakal Sertai Musim Kedua ‘The Sixth Sense’ Sebagai Ahli Tetap

Ingat tak kes ‘Min-jung Oppa’ masa episod pertama program “The Sixth Sense” dahulu? Nampaknya mungkin ianya akan berulang lagi tak lama nanti.

Menurut laporan media, Lee Sang-yeob mungkin akan menyertai program hiburan tersebut sebagai ahli tetap untuk musim keduanya nanti. Walaupun tidak dapat menyertai pengambaran pada episod pertama yang berlangsung pada 20 April baru-baru ini, dia dikatakan akan mula muncul secara rasmi pada episod kedua musim terbaru itu.

Selepas berita ini berterbangan, agensi Lee Sang-yeob mengesahkan ada menerima tawaran untuk menyertai “The Sixth Sense” tapi masih belum ada kata putus yang dicapai lagi mengenai kemunculannya.

lee sangyeob the sixth sense

Untuk pengetahuan anda, program ini menyangkan premis di mana kesemua ahlinya dan tetamu perlu menggunakan deria ke-6 mereka untuk mengenali yang mana palsu di antara yang benar. Ianya dipelopori oleh Yoo Jae-suk, Jessi, Jun So-min, Mi-joo (Lovelyz) dan Oh Na-ra.

Mesti kelakar habis kalau Lee Sang-yeob mula ‘perang mulut’ dengan Jessi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...