Ikuti Kami:

Lee Moosaeng & Yeon Woojin Dilamar Berlakon Bersama Son Yejin Serta Jeon Mido Dalam Drama ’39’

Lee Moosaeng & Yeon Woojin Dilamar Berlakon Bersama Son Yejin Serta Jeon Mido Dalam Drama ’39’

Selepas Jeon Mi-do dan Son Ye-jin dikhabarkan bakal menerajui drama “39”, terdapat dua nama pelakon lelaki yang disebut bakal menjadi pasangan mereka di dalam drama ini.

Menurut laporan media, Yeon Woo-jin dan Lee Moo-saeng akan menyertai barisan pelakon drama tersebut.

Menurut agensi Yeon Woo-jin,

Ia merupakan projek yang sedang ditelitinya dengan positif.

Agensi Lee Moo-saeng juga mengesahkan berita tersebut,

Memang benar dia ada menerima tawaran berlakon dalam ’39’ dan sedang menelitinya.

jeon mido dan son yejin

Untuk pengetahuan anda, “39” merupakan drama 12 episod mengenai kisah cinta dan kehidupan harian tiga sekawan yang bakal memasuki usia 40-an tak lama lagi. Son Ye-jin ditawar untuk melakonkan watak Cha Mi-jo yang membesar dalam persekitaran mewah dan merupakan ketua dermatologi di sebuah klinik di Gangnam manakala Jeon Mi-do pula dilamar untuk membawa watak Jung Cha-young, seorang guru lakonan.

Malah Ahn So-hee juga dikhabarkan ada menerima tawaran untuk membintangi drama ini pada minggu lalu.

Boleh tahan hebat semua calon pelakon untuk drama ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...