Disebabkan penangan “The Glory”, bukan sahaja pelakon utama malah watak sampingan juga turut meniti di bibir penonton.
Bagi yang sudah menonton, anda mesti perasan watak Kang Young-cheon yang dilakonkan oleh Lee Moo-saeng kan? Walayupun hanya muncul 2 minit sahaja, namun karakter ‘psiko’ yang dibawanya membuatkan penonton tak senang duduk.
Koemn Lee Moo-saeng mengenai perhatian yang diterimanya,
Saya tak sangka langsung akan menerima respon seperti ini. Saya cuba mendekati dan memaparkan psikopat biasa dengan merujuk buku berkaitan mereka. Saya memikirkan dengan efektif bagaimana ingin melakonkan watak ini dalam masa yang singkat.
Dengan dialog ringkas ‘Sebab saya bosan’, Lee Moo-saeng mendedahkan bahawa dia mempelajari pelbagai jawapan dalam kata-kata itu,
Pun begitu, saya melalui emosi yang sukar selepas babak itu.
Lee Moo-saeng turut sempat meninggalkan ucapan terima kasih buat penulis, pengarah dan staf kerana membantunya mendalami watak itu.
Untuk pengetahuan, “The Glory” membawa kisah seorang mangsa buli yang memulakan pelan membalas dendam buat pembulinya dengan menjadi guru kelas anaknya.
Seram kan tengok pandangan dia?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉