Ikuti Kami:

Lee Moosaeng Dedah Kemungkinan Musim Kedua ‘The World Of The Married’

Lee Moosaeng Dedah Kemungkinan Musim Kedua ‘The World Of The Married’

Kepada yang menonton “The World Of The Married” dengan setia sekali sehingga ke penghujung episod, tipulah kalau anda cakap tak ada sekelumit pun perasaan ‘crush’ pada watak Dr Kim Yoon-ki yang dilakonkan oleh Lee Moo-saeng. Walaupun ramai yang ‘ship’ lelaki kacak ini dengan Ji Sun-woo tetapi semua ternyata hampa dengan hubungan mereka yang tak lebih daripada kawan.

Bahkan ada penonton yang ‘demand’ musim kedua drama ini semata-mata mahu melihat Sun-woo ‘move on’ daripada bekas suaminya seterusnya membuka ruang untuk menerima Dr Yoon-ki sebagai penyeri baru hidupnya. Bahkan Jun-young pun macam dah bagi ‘green light’!

Menerusi satu temu bual rasmi, Lee Moo-saeng berkongsi sedikit pendapatnya mengenai kemungkinan musim kedua “The World Of The Married”.

Saya sangat sukakan kesudahannya. Penutup terbukan itu membolehkan penonton untuk mencipta sendiri versi kegemaran mereka.

lee moosaeng the world of the married

Lain daripada wataknya sebagai Dr Kim Yoon-ki, Lee Moo-saeng mengakui dia akan terus mengakui cintanya pada Ji Sun-woo walaupun kena ‘reject’.

Kalaulah saya Kim Yoon-ki, saya rasa saya akan mengakui rasa cinta pada Ji Sun-woo meskipun dia akan menolaknya.

Mengenai kemuungkinan musim kedua pula, pelakon itu tidak menolak sekiranya ia benar-benar dihaslkan.

Kalaulah ia dihasilkan nanti, saya harap kesudahan cerita cinta yang bahagia buat saya dan Ji Sun-woo.

Korang okay tak kalau ada musim kedua?

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...