Ikuti Kami:

Lee Minki & Han Jihyun Sah Terajui Drama Thriller ‘Look At Me’

Lee Minki & Han Jihyun Sah Terajui Drama Thriller ‘Look At Me’

Wah, gandingan pelakon lama iaitu Lee Min-ki dan juga pelakon baru Han Ji-hyun, pastinya akan menjadi sesuatu yang dinantikan ramai!

Terkini, pelakon Lee Min-ki dan Han Ji-hyun telah disahkan bakal terajui sebuah drama baru berjudul “Look At Me” yang bakal ditayangkan pada separuh kedua tahun ini.

Untuk pengetahuan, “Look At Me” merupakan drama bergenre thriller misteri perubatan yang mengisahkan tentang seorang pakar bedah plastik terkenal. Pada satu hari, dia terperangkap dalam kejadian yang tidak dijangka dan jatuh ke dalam jurang, yang membenarkannya menjejaki kebenaran sambil memulikan mangsa jenayah. 

lee minki & Han jihyun

Untuk maklumat, Lee Min-ki akan melakonkan watak sebagai Cha Jung-woo. Dengan visual dan kemahiran yang dimilikinya, wataknya berjaya mendapatkan kepercayaan pesakitnya sebagai seorang pakar bedah plastik yang terbaik.

Manakala Han Ji-hyun pula akan memegang watak sebagai Lee Min-hyeong, seorang detektif muda yang mengaku bahawa dia bekerja di bawah Jabatan Pembunuhan dan mempunyai sikap jujur serta mudah berasa simpati.

Dalam pada itu, drama ini akan memulakan penggambaran pada bulan Mac dan tarikh tayangannya bakal diumum nanti.

Macam menarik je drama baru ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...