Ikuti Kami:

Lee Minho Sambut Hari Jadi Ke-33, Lambakan Hadiah Peminat Bukti Populariti Di Peringkat Antarabangsa

Lee Minho Sambut Hari Jadi Ke-33, Lambakan Hadiah Peminat Bukti Populariti Di Peringkat Antarabangsa

Selesai sahaja tayangan “The King: Eternal Monarch”, ramai yang dah luahkan rasa rindu mereka kepada Lee Min-ho. Entah bila lagi lelaki itu akan membintangi drama terbaru, yang pastinya bukan dalam masa terdekat ini.

Kepada yang dah rindu sangat, anda mesti kena ‘follow’ Instagram rasmi pelakon lelaki itu bagi mengikuti perkembangan aktiviti sehariannya. Lagi best apabila Lee Min-ho baru-baru ini telah berkongsi satu entri di mana dia berdiri di celahan lambakan hadiah.

Kalau anda nak tahu, pada tanggal 22 Jun lepas, pelakon itu telah menyambut ulang tahun yang ke-33 (umur Korea 34). Lee Min-ho tak lupa mengucapkan terima kasih kepada ucapan dan juga hadiah yang diterima daripada peminatnya.

Comel habis apabila lelaki tersebut memuat naik sebuah video di mana dia cuba untuk meniup lilin daripada jauh dan membuatkan semua orang tertawa.

 

View this post on Instagram

 

내년엔 기필코 저 촛불을 끄겠어

A post shared by 이민호 leeminho (@actorleeminho) on

Melihatkan jumlah hadiah yang diterima Lee Min-ho, ramai yang tidak dapat menyorokkan rasa terkejut mereka melihat dedikasi peminat lelaki itu. Bahkan hal ini secara tak langsung membuktikan bahawa dia mempunyai bilangan peminat yang boleh tahan ramai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...