Ikuti Kami:

Lee Minho Dilamar Sertai Drama Komedi Romantik Sci-Fi ‘Ask The Stars’ Bersama Gong Hyojin

Lee Minho Dilamar Sertai Drama Komedi Romantik Sci-Fi ‘Ask The Stars’ Bersama Gong Hyojin

Adakah Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin bakal bergandingan bersama buat julung kalinya?

Dilaporkan bahawa pelakon lelaki itu telah menerima tawaran untuk menerajui drama “Ask The Stars”. Respon agensinya,

‘Ask The Stars’ merupakan antara salah satu tawaran yang diterimanya namun belum ada pengesahan lagi setakat ini.

lee minho

Drama ini menarik perhatian ramai kerana ia merupakan drama Korea pertama mengenai angkasa lepas. Ianya digambarkan sebagai komedi romantik di stesen angkasa lepas dan melibatkan kisah pengunjung dunia luar itu dan angkasawan. Baru sahaja didedahkan, namun ianya menerima pelbagai respon penonton memandangkan kos produksi yang dikhabarkan mencecah hampir 50 bilion won (RM177.1 juta) termasuklah pembinaan setnya.

Awal hari ini, pihak Gong Hyo-jin disahkan ada menerima tawaran drama berkenaan dan sedang menelitinya kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...