Ikuti Kami:

Lee Minho Dikatakan Terima Bayaran Hampir RM3.3 Juta Untuk Buat Kemunculan Sebentar Sahaja

Lee Minho Dikatakan Terima Bayaran Hampir RM3.3 Juta Untuk Buat Kemunculan Sebentar Sahaja

Tidak dinafikan bahawa Lee Min-ho merupakan antara bintang yang paling menonjol sekiranya menyebut mengenai Gelombang Hallyu.

Disebabkan oleh kepopularitiannya, sudah pasti ramai yang menebak bahawa pelakon ini meletakkan harga yang mahal untuk kemunculannya bagi sebarang program.

Menerusi laporan program “Heard It Through The Grapevine”, dikataka bahawa Lee Min-ho menerima bayaran sebanyak 900 juta won (RM3.3 juta) untuk kemunculan sekejap sahaja.

Bahkan terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pelakon popular itu diminta untuk menghadirkan diri sekejap sahaja ntuk sebuah acara di Hong Kong. Namun dia tidak dapat menghadirinya kerana terdapat jadual kerja lain namun kakitangan yang bertugas benar-benar mahu membawanya ke acara berkenaan.

lee minho

Bukan sahaja menawarkan bayaran yang banyak, malah staf di acara itu dikatakan menyewa pesawat peribadi untuk membawa Lee Min-ho ke negara tersebut.

Jelas agensinya, mereka tidak dapat memberikan angka spesifik mengenai bayaran Lee Min-ho. Namun mereka mengiakan bahawa jumlahnya adalah sesuatu yang sangat mengejutkan.

Perghhh,, betul-betul jadi rebutan Lee Min-ho ini kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...