Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo Ucap Terima Kasih Buat Peminat ‘Running Man’, Lee Sunbin Beri Komen Sokongan

Lee Kwangsoo Ucap Terima Kasih Buat Peminat ‘Running Man’, Lee Sunbin Beri Komen Sokongan

Pastinya ramai yang bersedih dengan pengunduran diri Lee Kwang-soo daripada “Running Man” kan?

Sepertinya ramai juga rakan selebriti yang turut merasai kehilangannya itu termasuklah kekasihnya, Lee Sun-bin.

Terbaru, Lee Kwang-soo telah memuat naik entri bagi mengucapkan terima kasih di atas sokongan peminat

Disebabkan oleh ahli yang seperti keluarga sendiri, para staf, kesemua peminat yang sentiasa menyokong, saya merasai kasih sayang sepanjang 11 tahun bersama dan merakamkan pelbagai memori indah pada saban minggu.

Tak kisah bagaimana saya cakap pun, tiada perkataan yang mampu menyampaikan rasa terima kasih yang tidak terhingga ini. Terima kasih untuk selama ini, dan saya sayang semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이광수 (@masijacoke850714)

Menjengah ke ruangan komen, Lee Sun-bin adalah yang paling awal meninggalkan komen sokongan termasuklah beberapa selebriti lain.

Bo-ra (SISTAR): Terima kasih kerana berikan kenangan yang tidak boleh dilupakan semasa kita berlari bersama sebagai satu kumpulan dahulu. Terbaik!

Code Kunst: Saya sayang awak. Awak terbaik!

Lee Dong-hwi: Awak seorang rakan yang hebat, cool, cantik dan berharga.

Kim Ki-bang: Awak terbaik!

Go Young-bae: Awang sangat hebat.

lee kwangsoo

Malah selebriti lain seperti Eun-ji (APINK), Lee Sang-yeob dan Im Ju-hwan turut meninggalkan komen berbentuk emoji buat lelaki itu.

Ramai kan yang sedih bila Lee Kwang-soo dah tiada?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...