Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo Sah Sertai Semula, Netflix ‘Busted’ Musim Ke-3 Umum Tarikh Tayangan Perdana

Lee Kwangsoo Sah Sertai Semula, Netflix ‘Busted’ Musim Ke-3 Umum Tarikh Tayangan Perdana

Patutnya ditayangkan pada November lalu, akhirnya Netflix sudah pun mengesahkan tarikh tayangan rasmi untuk musim ke-3 program misteri popular “Busted”.

Pada 17 Disember, program hiburan itu meriliskan poster baru yang menarik untuk musim terbaru itu selain mengumumkan tayangan perdananya. Dilaporkan bahawa “Busted” akan mula menyapa peminat pada 22 Januari 2021 nanti.

Tambahan lagi, poster terbaru ini mengesahkan kepulangan Lee Kwang-soo dalam musim ke-3 ini selepas hanya membuat kemunculan istimewa sahaja dalam musim lepas dek jadual seni yang padat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Lee Seung-gi yang menyertai program ini ketika musim ke-2 juga akan turut serta dalam musim terbaru ini bersama ahli asal Yoo Jae-suk, Se-hun (EXO), Park Min-young, Kim Se-jeong (gugudan) dan Kim Jong-min.

Lebih menyeronokkan kerana dikhabarkan ramai tetamu istimewa yang bakal menghiasi musim terbaru ini. Antara daripada mereka ialah Suho (EXO), Kim Hye-hoon, Kim Bo-ra, Ro-woon (SF9) dan ramai lagi.

Mesti korang dah tak sabar nak tengok detektif ini selesaikan misteri ini dengan huru-hara kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...