Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo Dikhabarkan Bakal Kembali Beraksi Dalam ‘Busted’ Musim Ke-3!

Lee Kwangsoo Dikhabarkan Bakal Kembali Beraksi Dalam ‘Busted’ Musim Ke-3!

Ada tak penonton setia program “Busted” di sini? Siri asal Netflix ini tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu hebat semasa tayangannya pada tahun 2018 sehinggakan ia disambung ke musim ke-2 pada November lepas. Gabungan 7 selebriti terkenal sebagai ahli rancangan itu iaitu Yoo Jaesuk, Ahn Jaewook, Kim Jongmin, Lee Kwangsoo, Park Minyoung, Sehun (EXO), Lee Seunggi dan Sejeong (Gugudan) ternyata menjadi kerana ramai yang melekat di hadapan kaca televisyen untuk menonton telatah mereka semua.

busted musim pertama

Sedikit sinopsis mengenai rancangan ini, “Busted” merupakan satu rancangan hiburan yang membawa beberapa artis sebagai detektif untuk menyelesaikan pelbagai kes misteri dan setiap episod membawa kisah misteri yang baru dan berlainan.

Meskipun, peminat gembira kerana sambungan rancangan itu ke musim ke-2 tetapi ramai yang bersedih kerana ahli tetap musim pertama iaitu Lee Kwangsoo tidak dapat menyertai penggambaran musim seterusnya kerana terikat dengan penggambaran filem pada ketika itu. Sebab itulah penonton hanya dapat lihat si girafah itu hanya pada episod pertama musim ke-2 sahaja.

Pun begitu, berita menggembirakan bagi penonton “Busted” terutamanya peminat tegar telatah merepek Lee Kwangsoo! Lelaki tinggi lampai itu dikhabarkan bakal kembali beraksi untuk musim ke-3 rancangan tersebut. Yeayy! King Kong Entertainment iaitu agensi naungan Lee Kwangsoo sendiri telah menyampaikan berita itu dan mengesahkan bahawa pelakon itu sedang meneliti tawaran tersebut dan memberi reaksi positif terhadapnya.

lee kwangsoo dalam busted

“Busted” musim terbaru ini juga dikatakan akan dirakamkan bersama kesemua ahli asal dan akan memulakan penggambarannya pada pertengahan tahun ini. Tapi tarikh spesifik tayangan masih belum didedahkan.

Harapnya jadilah Kwangsoo masuk balik sebabnya dia adalah rempah penting yang tambah perisa dalam “Busted”. Rasa macam kurang sikit ‘kick’ bila dia tiada.

Sumber: Naver News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...