Ikuti Kami:

Lee Kwangsoo Berehat Kerana Pergelangan Kaki Retak, Penonton Risau ‘Running Man’ Hambar Tanpanya

Lee Kwangsoo Berehat Kerana Pergelangan Kaki Retak, Penonton Risau ‘Running Man’ Hambar Tanpanya

Semua pasti tahu antara ahli “Running Man” yang paling kelakar ialah Lee Kwangsoo. Lelaki tinggi lampai itu mula menempa nama dalam industri hiburan Korea selepas kemunculannya dalam rancangan tersebut membawa tawa kepada ramai penonton. Bahkan dia digelar sebagai ‘Asia Prince’ kerana popularitinya di sekitar Asia terutamanya Asia Tenggara.

Lee Kwangsoo juga mempunyai ‘chemistry’ yang serasi dengan semua ahli rancangan tersebut. Jadinya kalau lelaki itu digabungkan dengan mana-mana ahli atau pun tetamu undangan sekali pun, pasti akan ada sahaja adegan kelakar yang berlaku antara mereka. Boleh dikatakan Kwangsoo merupakan karakter penting dalam menghidupkan setiap episod “Running Man”.

lee kwangsoo berehat seketika daripada running man

Malang tidak berbau apabila lelaki itu dikhabarkan telah mengalami kecederaan kerana kemalangan kecil yang berlaku pada 15 Februari lepas. Dikatakan pergelangan kakinya retak akibat kemalangan yang berlaku semasa dia menaiki kereta dan telah dilanggar oleh kereta lain yang melanggar peraturan lalu lintas. Disebabkan oleh itu, Lee Kwangsoo terpaksa melalui pembedahan kelmarin (18 Februari) untuk merawat kecederaannya itu.

Agensi naungannya juga telah mengesahkan bahawa artis di bawah jagaan mereka itu tidak dapat menyertai apa-apa jadual seni bagi memberi ruang untuk dia berehat. Agak sedih kerana Lee Kwangsoo terpaksa undur sendiri seketika daripada rancangan kegemaran ramai iaitu “Running Man”.

lee kwangsoo berehat seketika daripada running man

Rata-rata penonton meluahkan rasa sedih apabila mendengarkan berita ini. Mereka berasa risau sekiranya “Running Man” akan menjadi hambar dan boring sekiranya Kwangsoo tiada dalam rancangan tersebut.

Saya tonton ‘Running Man’ kerana Lee Kwangsoo… Semoga cepat sembuh~

 

Saya seronok menonton Kwangsoo yang sangat aktif dalam ‘Running Man’, terhibur sangat tonton awak belot. Semoga cepat sembuh.

 

Tak dapat nak tengok gandingan ‘Yoo-Lee’

 

Kwangsoo saya! ‘Running Man’ tak kelakar tanpa Lee Kwangsoo.

 

Sejujurnya, lawak Lee Kwangsoo memenuhi 80% ‘Running Man’

 

Saya tengok ‘Running Man’ kerana Lee Kwangsoo, sedihnya.

Harapnya Kwangsoo cepatlah sembuh! Rasa macam kosong bila dia tiada dalam ‘Running Man’ untuk beberapa episod ini.

Sumber: YTN

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...