Ikuti Kami:

Lee Junki Sembunyi Sifat Psiko & Tampil Penyayang, Episod Awal ‘Flower Of Evil’ Buat Penonton Berdebar

Lee Junki Sembunyi Sifat Psiko & Tampil Penyayang, Episod Awal ‘Flower Of Evil’ Buat Penonton Berdebar

Selepas lama menanti, akhirnya drama thriller melodrama iaitu “Flower Of Evil” yang diterajui oleh Lee Jun-ki dan Moon Chae-won telah pun ke udara beberapa hari lepas di bawah saluran tvN.

Sinopsis “Flower Of Evil”

Cha Ji-won (Moon Chae-won) merupakan seorang detektif dan sudah pun berkahwin dengan Baek Hee-sung (Lee Jun-ki). Lelaki itu ialah seorang suami yang sangat sempurna dan ayah yang berdedikasi pada anak perempuan mereka. Disebalik senyuman manisnya, Baek Hee-sung sebenarnya menyembunyikan kehidupan lampaunya yang berdarah dan hidup di bawah identiti orang lain.

Sifat ingin tahu Cha Ji-won bagi menyelesaikan kes jenayah yang dikendalinya, membawa wanita itu kepada satu pendedahan yang mengejutkan. Adakah suaminya sama seperti apa yang dikenalinya selama ini?

episod awal flower of evil

Dua personaliti Baek Hee-sung buat penonton berdebar

Sepertinya Baek Hee-sung menyimpan satu rahsia yang sangat besar daripada pengetahuan isteri tercinta selama 14 tahun lamanya. Bahkan emosi lelaki itu yang mampu berubah kepada seorang yang penyayang apabila bersama dengan keluarga kecilnya dah dalam sekelip mata mula menjadi gelap dan menakutkan apabila dia dibiarkan berseorangan.

Daripada dua episod awal ini, lelaki itu nampaknya telah terlibat dalam satu pembunuhan pada suatu ketika dahulu dan menukar identitinya bagi berselindung daripada kisah silam tersebut. Meskipun mempunyai seorang anak perempuan yang comel, Baek Hee-sung kelihatan seperti hanya menggunakan mereka untuk menjadi perisai kepada kesalahannya dahulu.

episod awal flower of evil

Lebih menyakitkan kerana Cha Ji-won nampak bahagia apabila berada di samping keluarganya. Penonton juga mula menjeruk perasaan apabila melihat anak tunggal mereka, Eun-ha (Jung Seo-yeon) yang benar-benar menyayangi ayahnya tanpa mengetahui niat jahat sebenar lelaki itu.

Walaupun hanya baru dua episod ditayangkan, penonton dah tak sabar nak lihat bagaimana Baek Hee-sung melindungi kisah dirinya daripada terbongkar apabila Cha Ji-won kini sudah mula menghidu sesuatu yang pelik mengenai kes pembunuhan bersiri yang sedang disiasatnya.

episod awal flower of evil

Lakonan dipuji, rating baik

Rata-rata penonton yang sudah menonton tayangan awal “Flower Of Evil” bersetuju bahawa Lee Jun-ki dan Moon Chae-won berjaya menghidupkan watak mereka dengan sempurnya. Terutama sekali pelakon lelaki itu yang boleh berubah daripada dirinya yang baik hati kepada seorang ‘psiko’ dalam sekelip mata sahaja.

Ditayangkan di bawah saluran berbayar, drama ini berjaya meraih rating yang agak baik iaitu 3.4% bagi episod pertamanya walaupun melihat sedikit penurunan pada episod seterusnya iaitu 2.9%. Dengan plot yang semakin mendebarkan, sudah pasti catatan rating “Flower Of Evil” akan melihatkan kemajuan pada episod akan datang nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...