Ikuti Kami:

Lee Junki Dedah Moon Chaewon Pujuk Dia Sertai ‘Flower Of Evil Serta Pilih Babak Paling Diingati

Lee Junki Dedah Moon Chaewon Pujuk Dia Sertai ‘Flower Of Evil Serta Pilih Babak Paling Diingati

Rasanya ramai yang jatuh cinta dengan bakat lakonan Lee Jun-ki selepas melihat persembahan hebatnya dalam drama “Flower Of Evil” yang baru sahaja tamat tayangan baru-baru ini.

Selepas tamat sahaja tayangan drama melodrama thriller tersebut, pelakon lelaki itu telah duduk untuk menjalani temu ramah bagi menceritakan dengan lebih lanjut mengenai drama itu.

Bercakap mengenai keserasiannya bersama Moon Chae-won, Lee Jun-ki mendedahkan bahawa dia kekal berhubung dengan wanita itu selepas mereka bekerjasama dalam drama “Criminal Minds”.

Kami ada berjumpa beberapa kali sebelum ini dan bersembang tentang kehidupan dan juga projek apa yang kami fikirkan.

Bahkan, lelaki itu berkongsi bahawa Moon Chae-won adalah individu yang memujuknya untuk berlakon dalam “Flower Of Evil”.

Semasa saya mempunyai banyak fikiran tentang menyertai ‘Flower Of Evil’, Chae-won memberitahu yang saya mampu membuatkan watak tersebut lebih mempersonakan dan saya menjadi lebih yakin apabila dia menyampaikan hal itu.

lee junki flower of evil

Lee Jun-ki juga tak putus-putus memuji Moon Chae-won,

Ketika di set penggambaran, pelakon Moon Chae-won ialah seorang yang teliti dan sangat fokus. Dia merupakan seorang pelakon yang memikirkan tentang wataknya sehingga dia dapat mengolah emosi tersebut. Sebab itu dia membantu saya dan membuatkan saya lebih terinspirasi daripada aspek emosi apabila kami bekerja bersama.

Terima kasih kepada Cha Ji-won, disebabkan dia saya mampu merasai emosi Do Hyun-soo dengan lebih mendalam lagi.

Lelaki itu sempat berseloroh dan mengatakan bahawa dia perlu membelanja wanita itu makanan yang sedap kerana dia sudah menggunakan tenaga yang banyak untuk menjayakan watak Cha Ji-won.

Lee Jun-ki kemudiannya memilih babak dalam “Flower Of Evil” yang menarik perhatiannya,

Babak yang paling diingati saya ialah apabila Do Hyun-soo sedar mengenai perasaannya buat pertama kali dan mula menangis teresak-esak.

Saya dan pengarah risaukan mengenai babak ini sebelum kami melakonkannya. Lebih banyak kami memikirkan tentang babak ini, semakin kami buntu, sampaikan kami berbincang selama hampir sejam ketika latihan.

lee junki flower of evil

Lee Jun-ki juga sempat berkongsi rahsia dia berlakon babak menangis apabila diberitahu bahawa Cha Ji-won sudah mati,

Semasa sedang memikirkan bagaimana Do Hyun-soo yang kehilangan Cha Ji-won, saya terbayang binatang buas yang menjilat anaknya yang mati.

Saya mahu gambarkan rasa kehilangan Do Hyun-soo yang segalanya musnah itu dengan tangisan yang paling primitif dan kemudiannya, dia menjadi seperti binatang buas yang tidak boleh dikawal.

Malah dia sendiri mengaku bahawa dia tidak berhenti menangis selepas melakonkan babak tersebut sehingga terpaksa muncul dengan mata yang bengkak untuk babak seterusnya.

Atas keserasian yang mantap antara Lee Jun-ki dan Moon Chae-won, lahirlah naskhah yang mengagumkan seperti “Flower Of Evil” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...