Ikuti Kami:

Lee Jungshin CNBLUE Terajui ‘Shooting Star’ Disamping Kim Youngdae & Lee Sungkyung

Lee Jungshin CNBLUE Terajui ‘Shooting Star’ Disamping Kim Youngdae & Lee Sungkyung

Baru sahaja membuat comeback bersama CNBLUE dengan album mini ‘WANTED’ baru-baru ini, Lee Jung-shin nampaknya turut sibuk merebut peluang dalam dunia lakonan.

Khabarnya pemain drum itu bakal menyertai Kim Young-dae, Lee Sung-kyung dan Yoon Jong-hoon dalam drama “Shooting Star” di SBS.

“Shooting Star” membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea melibatkan komuniti seperti pasukan PR, pengurus, dan wartawan yang membantu membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh selebriti. Kisah romantik komedi ini menceritakan Oh Han-byul (Lee Sung-kyung), ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan dan bekerja dengan Gong Tae-sung (Kim Young-dae), seorang selebriti popular yang juga merupakan musuh ketatnya. Drama ini akan memaparkan kisah sebenar yang terselindung daripada umum mengenai semua yang bersusah payah bagi memberikan sinar buat selebriti.

lee jungshin cnblue

Lee Jung-shin bakal membawa watak Do Soo-hyuk, seorang penasihat agensi hiburan dengan penampilan yang sofistikated dan mempunyai kemahiran yang hebat dalam kerjanya.

Mesti ramai tak sabar tengok Lee Jung-shin kembali berlakon kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...