Ikuti Kami:

Lee Jungjae Terkejut ‘Squid Game’ Popular, Mahu Muncul Dengan Lee Byunghun Dalam Musim Kedua

Lee Jungjae Terkejut ‘Squid Game’ Popular, Mahu Muncul Dengan Lee Byunghun Dalam Musim Kedua

Sudah pun dua minggu berlalu, namun “Squid Game” kekal popular di serata dunia.

Trending di puluhan negara, pelakon utama iaitu Lee Jung-jae nyata tidak sangka dengan kejayaan siri Netflix ini.

Saya tak sangka ia akan popular sebegini di seluruh dunia. Saya menyertainya dengan harapan ia akan diterima baik di Korea. Namun, produser mahupun pengarah mungkin mempunyai sasaran populariti di peringkat global, sebab itu ianya diriliskan menerusi Netflix. Saya tak pasti sama ada ia realiti, selepas respon yang banyak diterima daripadanya. Ramai rakan saya daripada luar negara yang menghubungi mengenainya.

lee jungjae squid game

Lee Jung-jae juga menyebut mengenai kemunculan istimewa Lee Byung-hun dalam “Squid Game”,

Saya berkawan dengan Lee Byung-hun sejak debut. Kerana hubungan baik antaranya dengan pengarah Hwang Dong-hyuk, dia membuat kemunculan khas dalam ‘Squid Game’. Kalau ada musim keduda, saya mahu bekerja dengannya. Kalau pun saya tak muncul dalam musim baru, saya mahu bekerja dengannya dalam projek lain.

Memang ramai yang tunggu musim kedua “Squid Game” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...