Ikuti Kami:

Lee Jungjae Menang Anugerah Pelakon Terbaik Di ‘Hollywood Critics Association TV 2022’

Lee Jungjae Menang Anugerah Pelakon Terbaik Di ‘Hollywood Critics Association TV 2022’

Lee Jung-jae terus menerus memenangi anugerah besar walaupun “Squid Game” sudah lama berakhir. Wah, hebat betul!

Pada 14 Ogos lalu, Lee Jung-jae memenangi anugerah pelakon terbaik dalam kategori siri penstriman drama, “Hollywood Critics Association (HCA) TV”.

Lee Jung-jae bukan sahaja berjaya menonjolkan bakatnya dalam lakonan, malah dia juga berjaya melonjakkan namanya sebaris dengan pelakon antarabangsa. Lee Jung-jae juga berjaya mengatasi beberapa calon lain seperti Tom Hiddleston, Gary Oldman, Adam Scott, Henry Cavill, Jason Bateman dan juga Tom Ellis.lee jungjaeDi atas kemenangan tersebut, Lee Jung-jae juga sempat menitipkan rasa terima kasihnya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas penghargaan yang besar ini. “Squid Game” adalah satu hasil kerja yang berjaya membawa saya sehingga ke tahap ini. Saya dengan ikhlasnya rasa bersyukur kepada penonton dari serata dunia kerana sentiasa menyokong dan sangat menggemari siri tersebut. Saya sangat teruja untuk aktiviti lakonan saya yang akan datang. Musim kedua “Squid Game” akan menemui anda tidak lama lagi. Nantikan!

Sebelum ini, siri “Squid Game” berjaya mencetus fenomena bukan sahaja di Korea malah di serata dunia. Watak Sung Ki-hoon berjaya meraih perhatian penonton dari serata dunia dek kerana bakat lakonannya yang meninggalkan impak hebat.

Dia juga merupakan pelakon Asia pertama yang memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam majlis anugerah Amerika termasuklah anugerah ke-28 “Screen Actors Guild (SAG)”, “Critic’s Choice Awards”, “Independent Spirit Awards”, dan “Critic’s Choice Super Awards”. Dia juga tercalon dalam anugerah teraju utama bagi kategori drama bersiri di majlis anugerah Emmy, yang sememangnya terkenal sebagai majlis anugerah paling berprestij. jungjaeLee Jung-jae juga terus mencabar kebolehan dirinya walaupun telah memenangi pelbagai anugerah apabila dia turut mencuba kemampuannya dalam bidang pengarahan. Filem pertama pengarahannya iaitu “Hunt” yang dilancarkan pada 10 Ogos lalu, berjaya mencecah box office ketika filem itu meraih sebanyak 2 juta penonton dari awal tempoh tayangan sehingga kini.

Wah, ini lah penangan bakat pelakon semula jadi! Tahniah Lee Jung-jae!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...