Ikuti Kami:

Lee Jongwon Dilamar Terajui ‘Flower That Bloom At Night’ Bersama Honey Lee

Lee Jongwon Dilamar Terajui ‘Flower That Bloom At Night’ Bersama Honey Lee

Nampaknya, pelakon Lee Jong-won telah dilamar untuk sebuah drama baru la!

Terbaru, agensi Lee Jong-won telah mengumumkan bahawa pelakon itu sedang meneliti tawaran untuk membintangi sebuah drama komedi bersejarah berjudul “Flower That Bloom At Night” sebagai watak utama.

Sedikit sinopsis, “Flower That Bloom At Night” ialah drama komedi bersejarah yang membawa kisah Su-ho, seorang pegawai senior yang bakal berkahwin dengan pengantin berusia 17 tahun, bagi mencapai kehidupan dan cinta yang sempurna.

lee jongwon

Pelakon ini juga telah menerima tawaran dalam drama itu dan dia akan memegang watak sebagai Su-ho, seorang pegawai senior yang bertanggungjawab ke atas Geum Wi-yeong. Watak Su-ho juga merupakan seorang lelaki yang kacak dan bagus dalam pekerjaannya. Tetapi, kehidupannya selalu tidak bernasib baik malah, dia juga terjerat dengan watak heroin iaitu Yeo-hwa semasa dia sedang menggali pusara bapanya yang mati di awal usia.

Sebelum ini, pelakon Honey Lee juga sedang meneliti tawaran untuk watak Yeo-hwa dalam drama ini dan perhatian tertumpu sama ada Lee Jong-won akan bekerjasama dengannya atau tidak.

Sekadar info, pelakon Lee Jong-won telah memulakan kerjaya lakonannya dalam drama web pada 2018 dan juga muncul dalam “The Golden Spoon” pada tahun lepas.

Tak sabarnya nak tengok drama ini nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...