Ikuti Kami:

Lee Jinwook & Lee Joon Dilamar Jadi Makhluk Mistik Dalam Drama Fantasi ‘Bulgasal’

Lee Jinwook & Lee Joon Dilamar Jadi Makhluk Mistik Dalam Drama Fantasi ‘Bulgasal’

Puas bermain dengan perasaan penonton dalam drama “Sweet Home”, nampaknya Lee Jin-wook mungkin akan menyapa peminat dengan drama baru tak lama lagi.

Khabarnya lelaki itu dan juga pelakon Lee Joon dilamar untuk membintangi drama baru tvN “Bulgasal”.

Kalau anda nak tahu, kisah ini berkisarkan dua watak utama. Yang pertama ialah seorang wanita yang sudah beberapa kali dilahirkan semula sepanjang 600 tahun dan dia mengingati kesemua kehidupan lampaunya. Watak kedua ialah lelaki bernama Dan Hwal yang hidup sebagai bulgasal, satu makhluk mistik yang hidup dengan darah manusia dan sifat tidak bermoral selama 600 tahun. Pernah menjadi manusia namun dia kini bakal hilang secebis kemanusiaan terakhir selepas sekian lama memilikinya. Satu benda yang membuatnya terus kekal hidup adalah keinginan untuk membalas dendam terhadap wanita yang menyebabkan dia hidup seperti ini suatu ketika dahulu.

Menurut agensinya sebelum ini, Lee Jin-wook menerima tawaran untuk melakonkan watak tersebut dan sedang menelitinya dengan positif.

tvn bulgasal

Malah sumber daripada agensi Lee Joon juga mengesahkan bahawa pelakon itu ada menerima tawaran naskhah tersebut dan sedang menelitinya. Jikalau Lee Joon menyertai drama ini, dia akan membawa watak Ok Eul-tae, seorang bulgasal yang suka manipulasi dan bijaksana. Seronok dengan kehidupan tidak bermoral selama berdekad lamanya, lelaki ini mampu hidup mewah dan menggunakan kelebihan tersebut untuk mengawal ahli politik, ahli perniagaan dan juga media. Berbekalkan rupa yang tampan dan karisma yang membuak, dia mempunyai segala ramuan untuk menjadi figura berpengaruh di Korea. Namun disebabkan satu kegagalan pada masa lalu, dia menyorokkan kenyataan yang dia merupakan seorang bulgasal dan hidup terasing di sebuah pekan kecil.

Wow! Cerita fantasi. Macam seronok sahaja kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...