Ikuti Kami:

Lee Jihoon Dipuji Tolak Bayaran Rakam Semula Hampir 12 Episod ‘River Where The Moon Rises’

Lee Jihoon Dipuji Tolak Bayaran Rakam Semula Hampir 12 Episod ‘River Where The Moon Rises’

Umum mengetahui kisah pelakon Jisoo yang digugurkan daripada drama “River Where The Moon Rises” akibat kes buli yang dibongkarkan baru-baru ini ketika dia masih bersekolah.

Walaubagaimanapun, sedikit sesal kerana pihak produksi drama tersebut dan pelakon lain terpaksa merakamkan semula hampir 12 episod banyaknya bagi menampilkan Na In-woo sebagai pelakon ganti baru untuk watak On Dal.

Dalam ketegangan itu, pelakon Lee Ji-hoon yang melakonkan watak Go Goon, antara pelakon utama dalam “River Where The Moon Rises” dikhabarkan tidak menerima bayaran untuk semua episod yang dirakamkan semula.

lee jihoon

Kata agensi lelaki tersebut,

Disebabkan insiden ini, pihak produksi juga merupakan mangsa kan? Sama-sama mempunyai hubungan sebagai rakan sekerja, keputusan ini dibuat dengan niat mahu menghulurkan sedikit bantuan. Dalam masa yang sukar ini, dengan menurunkan sedikit kemahuan, keputusan yang diputuskan ini diharapkan akan membantu mereka.

Rata-rata penonton memuji Lee Ji-hoon yang langsung tidak mementingkan diri malah masih mampu membuat keputusan untuk menyenangkan urusan pihak produksi meskipun dia juga merupakan salah seorang yang terjejas kerana isu ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...