Ikuti Kami:

Lee Jiah Bakal Muncul Pada Pertengahan ‘The Penthouse 2’ Sebagai Watak Lain?

Lee Jiah Bakal Muncul Pada Pertengahan ‘The Penthouse 2’ Sebagai Watak Lain?

Bakal menginjak ke musim kedua tak lama lagi, rasanya persoalan yang sekian lama bermain di benak peminat “The Penthouse” ialah mengenai nasib watak Lee Ji-ah.

Seperti yang semua sedia maklum, Shim Su-ryeon yang dilakonkan Lee Ji-ah sudah pun menemui ajalnya di tangan Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) pada penghujung musim pertama drama ini.

Kebanyakan penonton mengadu bahawa mereka bakal kecewa sekiranya Lee Ji-ah benar-benar tidak akan muncul lagi dalam musim kedua ini kerana merasakan bahawa dendam wanita itu masih belum lagi berbalas. Tambah menggusarkan apabila kelibat pelakon langsung tidak kelihatan dalam rakaman pembacaan skrip untuk musim kedua ini.

lee jiah the penthouse 2

Tapi tiada pula berita rasmi mengatakan bahawa Lee Ji-ah tidak akan muncul lagi dalam sambungan “The Penthouse”. Jadinya penonton terus dibelenggu dilema mengenai kemunculannya.

Walaubagaimanapun, menurut laporan Ilgan Sports, Lee Ji-ah akan membuat kemunculan dalam “The Penthouse 2” namun dengan watak yang lain. Malah dia hanya akan muncul dengan bergaya pada pertengahan musim terbaru ini dan pihak produksi sedang berusaha keras untuk memastikan kemunculannya itu menjadi kejutan yang tidak disangka oleh penonton.

lee jiah the penthouse 2

Sedikit ‘spoiler’ untuk anda, “The Penthouse 2” merupakan latar belakang selepas 2 tahun kepada segala yang terjadi dalam musim pertamanya. Anak-anak di Hera Palace kini sedang bertarung untuk mendapatkan tempat di Universiti Kebangsaan Seoul manakala pasangan Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) dan Joo Dan-tae kini semakin berpengaruh dek kuasa yang dimiliki mereka. Tapi jangan risau kerana Logan Lee (Park Eun-seok) dan yang lain masih banyak lagi kisah yang akan dibongkarkan oleh mereka.

Mesti semua dah tak sabar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...