Ikuti Kami:

Lee Dongwook Langgar Stereotaip Gender, Bakal Bawa Watak Musang Berekor Sembilan Untuk Drama Terbaru!

Lee Dongwook Langgar Stereotaip Gender, Bakal Bawa Watak Musang Berekor Sembilan Untuk Drama Terbaru!

Setelah melalui populariti yang menakjubkan semasa tayangan drama “Hell Is Other People” pada tahun ini, ramai peminat yang tertanya-tanya apa pula watak yang akan dibawa oleh Lee Dongwook selepas ini. Semakin meningkat usia, nampaknya pelakon tinggi lampai itu semakin berani untuk memainkan watak yang ‘diluar kotak’. Lihat sajalah lakonannya sebagai pembunuh psikotik dalam drama terbarunya itu, seram gila!

lee dongwook gumiho

Kini, khabar angin sedang bertiup kencang dalam industri seni Korea apabila Lee Dongwook dikhabarkan bakal membawa watak sebagai legenda Gumiho (musang berekor sembilan) untuk naskhah terbarunya.

Agak mengejutkan kerana menurut sejarah, Gumiho sebenarnya adalah seorang wanita. Kalau anda pernah menonton watak musang berekor sembilan dalam drama lain sebelum ini, contohnya dalam naskhah “My Girlfriend Is A Gumiho”, watak tersebut telah dibawa oleh seorang pelakon wanita iaitu Shin Minah.

shin minah gumiho

Menerusi watak itu, Lee Dongwook akan memainkan musang berekor sembilan menerusi perspektif seorang lelaki. Seorang wakil daripada stesen penyiaran tvN juga telah mengesahkan berita bahawa lelaki tersebut akan menerajui drama tersebut sebagai pelakon utama. Dengar cerita juga, projek ini akan mula menemui penonton pada pertengahan tahun 2020.

Kesemua peminat melahirkan rasa teruja mereka dengan berita ini! Tidak sangka Lee Dongwook berani memecahkan stereotaip gender dan mencabar dirinya untuk membawa watak yang sering dilakonkan oleh wanita. Tak sabarnya nak tonton drama ini!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...