Ikuti Kami:

Lee Dongwook Didedahkan Punyai Keturunan Orang Siberia!

Lee Dongwook Didedahkan Punyai Keturunan Orang Siberia!

Lee Dongwook dah nak hampir usia 40 tahun pun masih lagi menjadi kegilaan ramai wanita tak kiralah muda mahupun tua! Dengan sosok badan yang tinggi lampai dan kulit yang putih bersih, lelaki itu ternyata merupakan antara pelakon lelaki Korea yang tampan.

Bagi melihat dengan lebih mendalam mengenai latar belakang pelakon lelaki itu, satu ujian DNA telah dilakukan menerusi rancangan bual bicara “Because Lee Dongwook Wants to Talk” yang dikelolakannya. Bukan kaleng-kaleng tau, sebabnya ujian itu telah dijalankan oleh seorang profesor dalam bidang perubatan forensik daripada Universiti Kebangsaan Seoul!

lee dongwook

Menurut profesor itu, selepas diuji, genetik ayah Lee Dongwook menunjukkan bahawa ianya adalah tipikal keturunan Korea. Yang mengejutkan ialah apabila keturunan ibu Lee Dongwook menunjukkan bahawa dia sebenarnya mempunyai genetik orang Siberia! Lelaki itu terkejut gila apabila mendengarkan keputusan tersebut.

Adakah saya orang Siberia?!

Profesor tersebut menjelaskan bahawa dia adalah orang Korea namun begitu yang genetik ini hanya muncul dalam 1% rakayat Korea sahaja. Katanya lagi, genetik ini dijumpai dalam kumpulan Koryaks dan Khakassians di Siberia. Lee Dongwook terus tertawa selepas mendengarkan penjelasan profesor perubatan forensik tersebut.

Saya rasa ibu saya adalah orang yang akan paling terperanjat apabila mengetahui mengenai hal ini! Yang saya ini orang Siberia!

Pelakon lelaki itu bertambah gembira apabila dia didedahkan bahawa usia biologinya ialah 32 berdasarkan kondisi tubuhnya. Dia yang berusia 39 tahun pada tahun ini terus berseloroh dan meminta pengurusnya menukar umurnya di profil rasmi pada semua laman portal. Suka betul Lee Dongwook!

Patutlah kacak melampau! Rupanya Lee Dongwook ada sedikit darah Siberia dalam badannya.

Sumber: SBS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...