Utama Celebrity News Lee Dohyun Dilapor Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Awal Tahun Ini, Agensi Beri...

Lee Dohyun Dilapor Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Awal Tahun Ini, Agensi Beri Respon

lee dohyun

Sibuk dengan pelbagai projek kini, Lee Do-hyun dijangka akan menyertai khidmat ketenteraan tak lama lagi?

Terbaru, media melaporkan bahawa Lee Do-hyun sedang bersiap sedia untuk mendaftar di khidmat tentera, selepas selesai penggambaran semua projek yang dijadualkan pada tahun ini.

Selain itu menurut laporan, pelakon tersebut juga sedang menyesuaikan jadualnya untuk mendaftar bagi tidak mengganggu proses penggambaran.

Tidak lama kemudian, agensi Lee Do-hyun memberi respon,

Tiada apa yang telah diputuskan mengenai jadual pendaftaran Lee Do-hyun. Laporan itu salah. Kami akan memaklumkan kepada anda sebaik sahaja ia disahkan.

lee dohyun

Sementara itu, Lee Do-hyun bakal menemui penonton dalam bahagian 2 “The Glory”, “Bad Mom” dan filem “Pamyo”.

Sibuk tau Lee Do-hyun sekarang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERMy Daily
Loading...