Utama Gossip Lee Dain Dipercayai Sedang Mengandung Anak Lee Seunggi, Agensi Beri Respon

Lee Dain Dipercayai Sedang Mengandung Anak Lee Seunggi, Agensi Beri Respon

lee dain lee seunggi

Secara mengejut umum berita tentang perkahwinan, nampaknya, pelbagai spekulasi telah dibuat tentang pasangan Lee Seung-gi dan Lee Da-in.

Terbaru, Lee Seung-gi telah mengumumkan di laman Instagram bahawa dia akan berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Lee Da-in pada 7 April ini.

Meskipun ramai peminat dan netizen turut meraikan berita gembira itu, namun, terdapat juga khabar angin yang menyatakan bahawa Lee Da-in sedang mengandung dan pasangan itu akan menimang cahaya mata tak lama lagi.

Tidak lama kemudian, wakil dari agensi Lee Seung-gi menafikan khabar angin tersebut. Jelas mereka,

Tidak ada kehamilan sebelum nikah.

lee dain lee seunggi

Apabila ditanya tentang di mana pasangan itu akan tinggal, agensi menjawab,

Kami tidak tahu.

Macam-macam pula khabar angin yang keluar..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBEROSEN
Loading...