Ikuti Kami:

Lee Dahee Cedera Di Leher Ketika Penggambaran Drama ‘Island’

Lee Dahee Cedera Di Leher Ketika Penggambaran Drama ‘Island’

Lee Da-hee sedang menerima rawatan selepas cedera di set penggambaran drama “Island” akan datang.

Pada 20 Disember, wakil dari agensi Lee Da-hee, Studio Santa Claus menyatakan,

Lee Da-hee mengalami kecederaan leher semasa penggambaran adegan aksi drama ‘Island’. Dia segera dipindahkan ke hospital dan menerima pemeriksaan. Ia bukan kecederaan serius, jadi dia menerima rawatan pesakit luar, semasa berulang-alik ke hospital. Dia juga tidak akan dapat menghadiri sidang akhbar untuk program ‘Single’s Inferno’ hari ini (20 Disember).

Lee Da-hee akan meneruskan penggambaran untuk drama itu tanpa menegangkan lehernya. Berdasarkan ‘webtoon’ dengan nama yang sama, “Island” ialah drama eksorsisme fantasi yang berlangsung di Pulau Jeju.

“Island” ialah sebuah drama fantasi pengusiran roh ini mengisahkan seorang lelaki yang memerlukan seorang wanita untuk menamatkan kehidupan abadinya yang disumpah manakala si wanita itu pula tidak tahu mengenai nasibnya yang sedih dan kejam. Kedua mereka kemudiannya disertai oleh seorang paderi penghalau roh yang diulit rasa bersalah selepas gagal melindungi seorang perempuan. Drama ini turut dibintangi Kim Nam-gil, Cha Eun-woo ASTRO, Sung-joon dan banyak lagi. Lee Da-hee akan memainkan watak ‘chaebol’ generasi ketiga dan guru Won Mi-ho.

lee dahee island

Semoga cepat pulih Lee Da-hee.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...