Ikuti Kami:

“Lebih Seronok Hidup Sendiri” – 11 Selebriti Korea Ini Pilih Untuk Tak Berkahwin

“Lebih Seronok Hidup Sendiri” – 11 Selebriti Korea Ini Pilih Untuk Tak Berkahwin

Walaupun norma masyarakat memomokkan semua supaya berkahwin kerana itu ialah proses hidup yang normal namun ada yang tidak mahu mengikutinya.

Bukan sahaja orang biasa, namun rupanya ramai selebriti Korea yang memilih untuk tidak berkahwin atas pelbagai sebab sendiri. Nak tahu? Jom baca artikel ini!

Kim Hye-soo

kim hyesoo

Merupakan pelakon hebat, Kim Hye-soo juga menjalani hidup elegan yang pastinya dicemburui ramai. Meskipun berasa seronok jika hidup sebagai pasangan seseorang tetapi pelakon itu juga tidak kisah menghabiskan masa bersendirian sahaja tanpa peneman.

Kim Seo-hyung

kim seohyung

Dalam sebuah temubual, Kim Seo-hyun menegaskan bahawa dia ‘tak terfikir mengenai perkahwinan’ dalam kehidupannya. Katanya, dia sudah ‘berkahwin’ dengan kerja dan tidak terfikir ingin mencari pasangan dalam masa terdekat ini kerana mahu menyayangi dirinya dengan lebih mendalam lagi.

Han So-hee

han sohee

Popular menerusi drama “The World Of The Married”, wanita berusia 29 tahun itu sepertinya terkesan melihat hubungan perkahwinan yang dipaparkan menerusi drama tersebut. Katanya, dia tak pasti sama ada ingin berkahwin apabila melihat bagaimana keluarga berpecah sedikit demi sedikit.

Sunny Girls’ Generation

sunny girls' generation

Rasanya ramai yang mengetahui bahawa ahli Girls’ Generation ini memilih untuk hidup solo. Selepas mendedahkan dengan yakin bahawa dia mahu kekal single, dia mengatakan bahawa percintaan dan perkahwinan ialah pilihan dan bukannya kewajipan.

Moon Geun-young

moon geunyoung

Dikenali kerana lakonan meyakinkan dalam K-Drama, Moon Geun-young menjelaskan bahawa banyak perkara yang mahu dilakukannya lagi lantas tidak mahu terikat dengan perkahwinan. Ini kerana dia tidak mahu mengambaikan pasangan ataupun anak sekiranya memberikan fokus kepada keperluan dirinya dahulu.

Luda WJSN

luda wjsn

Idola ini sentiasa terbuka dengan pilihannya untuk kekal solo. Malah dia menjelaskan kepada peminat bahawa tiada yang ‘selamanya’ apabila ditanya mengapa memilih untuk tidak berkahwin.

Yeonwoo

yeonwoo

Walaupun pernah digosipkan bersama Lee Min-ho namun Yeonwoo mendedahkan bahawa dia tidak percayakan institusi perkahwinan dan mahu hidup sendiri. Jelasnya, dia mahu menghabiskan mengikut apa yang dimahukannya.

Sandara Park

sandara park

Menerusi sebuah program realiti, ahli 2NE1 itu mengakui bahawa dia memilih untuk tidak berkahwin dalam kehidupan ini. Walau bagaimanapun, dia terbuka untuk berjanji temu dengan sesiapa yang berminat.

Jiho

jiho

Bekas ahli Oh My Girl ini menjelaskan bahawa dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dan hanya mahu menghabiskan masa sendiri kerana lebih selesa begitu.

BamBam GOT7

bambam

Ulas ahli GOT7 ini, dia tidak mahu terikat dan perlu berhati-hati dengan perasaan pasangannya apabila berkahwin nanti. Malah dia turut berasa simpati apabila melihat wajahnya abangnya yang berubah, sepertinya lebih penat apabila memiliki isteri dan anak kini.

Wonho

wonho

Sekian lama aktif sebagai idola, Wonho sentiasa jujur bersama peminatnya. Dedahnya suatu ketika dahulu, dia tidak mahu berkahwin dan mengharapkan abangnya supaya berkahwin bagi mengekalkan salasilah keluarga mereka.

Seorang pun boleh bahagia kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...