Sudah hampir 7 tahun bersama sejak debut, hubungan rapat antara ahli BLACKPINK memang tidak perlu dipersoalkan lagi.
Baru-baru ini, Ji-soo telah menghiasi muka depan majalah Vogue France, menjadikannya bintang Asia pertama yang berbuat demikian.
Ketika sesi temu bual yang dilakukan bersama majalah berkenaan, ahli BLACKPINK itu berkongsi kenangan terbaik yang dia pernah ada,
Konsert BLACKPINK yang pertama di Seoul, sudah tentu. Perkara yang paling penting ialah menonton peminat apabila saya berada di atas pentas. Saya melakukan segala yang saya mampu untuk menyampaikan tenaga saya kepada mereka kerana ia mungkin menjadi hari yang penting buat mereka dalam seumur hidup. Ia adalah emosi yang luar biasa.
Sibuk dengan konsert jelajah dunia kini, Ji-soo turut berkongsi hubungan rapatnya dengan ahli BLACKPINK yang lain. Jelasnya,
Hari ini, saya menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka berbanding keluarga sendiri. Ia adalah hubungan yang melampaui segala-galanya. Kami boleh datang kepada satu sama lain, memberikan motivasi dan impak tertentu untuk memahami, tanpa perlu berkata apa-apa.
Tambah penyanyi dan pelakon itu lagi,
Kami adalah sumber tenaga positif kepada satu sama lain. Kami berempat berada di jalan yang sama dan di sinilah sinergi tercipta.
Suka sangat tengok hubungan rapat mereka!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉