Ikuti Kami:

Lebih 4 Tahun Jadi Ahli, Lee Sieon Umum Undur Diri Daripada Program ‘I Live Alone’

Lebih 4 Tahun Jadi Ahli, Lee Sieon Umum Undur Diri Daripada Program ‘I Live Alone’

Setelah 4 tahun bersama, akhirnya Lee Si-eon mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan rancangan hiburan popular “I Live Alone”.

Hello. Ini adalah Lee Si-eon. Cuaca semakin sejuk kini. Semua orang jaga kesihatan dan sentiasa ingat untuk pakai pelitup muka. Tujuan saya menulis pada hari ini ialah untuk menyampaikan yang saya bakal meninggalkan rancangan ini pasa penghujung tahun. Selepas berbincang dengan pihak produksi, saya mahu memberi fokus kepada lakonan dengan meninggalkan program ini. Menyertai rancangan ini adalah satu kenangan yang tak akan dapat saya lupakan. Saya mampu untuk berasa bahagia dan seronok semasa merakamkan program ini adalah kerana sokongan staf dan pihak produksi yang sentiasa mempercayai saya dan juga ahli yang lain.

Saya berasa sangat bertuah kerana menerima banyak sokongan dan kasih sayang daripada penonton bukan sahaja sebagai pelakon Lee Si-eon malah sebagai manusia Lee Si-eon. Apabila difikirkan semula, semuanya sangatberharga dan saya sangat bersyukur. Saya akan sentiasa ingat kasih sayang yang diberikan semasa dalam rancangan ini. Dan pada masa hadapan, saya akan menonjolkan imej yang lebih baik sebagai pelakon. Teruskan menyokong dan memberikan kasih sayang kepada ahli yang lain.

lee sieon

Nampaknya, kita akan lebih banyak melihat Lee Si-eon di kaca televisyen sebagai pelakon dan bukannya hos lagi buat sementara ini.

Apa pun, semoga Lee Si-eon kembali dengan pelbagai drama yang menyeronokkan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...