Ingat lagi tak apabila Lee Jae-wook melawat Malaysia tempoh hari bagi menyambut kempen ‘Annyeong Kawan’ oleh Organisasi Pelancongan Korea yang melantiknya sebagai duta mereka?
Sepertinya lawatan itu meninggalkan kesan mendalam buat pelakon berkenaan apabila dia menyebut mengenai memori berkenaan dalam temubual khas untuk “Alchemy Of Souls 2”.
Apabila ditanya mengenai posisinya kini yang sudah digelar sebagai ‘pelakon utama’, Lee Jae-wook menceritakan mengenai layanan baik yang diterimanya semasa datang ke Malaysia baru-baru ini.
Sepertinya dunia selebriti yang dibayangkan saya sebelum ini sudah menjadi realiti.
Jawabnya mengenai pelan akan datang pula,
Saya bercadang untuk bekerja dengan keras dalam usia 20-an ini. Saya akan berusaha untuk menampilkan sisi yang lain.
Untunglah peminat Malaysia~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.