Ikuti Kami:

“Lawak Low Class” – Peserta Korea Nampak Keliru, Hos ‘Big Stage 5’ Dikritik Persenda Bahasa

“Lawak Low Class” – Peserta Korea Nampak Keliru, Hos ‘Big Stage 5’ Dikritik Persenda Bahasa

Kalau korang perasan, program di Malaysia kini lebih terbuka untuk menjemput bakat dari luar negara terutamanya dari Korea Selatan bagi pentas mereka.

Terbaru, “Big Stage 5” telah pun membuka tirainya kelmarin di mana mereka telah mempertandingkan nama-nama penyanyi yang baru naik untuk mempersembahkan bakat mereka di khalayak umum.

Bukan sahaja dari Malaysia, malah rancangan ini turut membawa penyanyi dari luar negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Korea Selatan.

Walaupun baru episod pertama namun program itu sudah pun terpalit sedikit komen kurang manis daripada penonton dek gelagat hos yang sepertinya tidak menghormati tetamu.

Sesudah persembahan dua dari Korea Selatan iaitu Hoondoo, pengacara dari Indonesia iaitu Rina Nose telah membuat lawak kononnya bercakap bahasa Korea dengan dialek sendiri hingga membuatkan kedua-dua peserta terpinga-pinga.

Seperti mempersendakan bahasa, rata-rata netizen meluahkan komen tidak puas hati di laman sosial dan meminta hos itu ditukar,

hoondoo big stage 5

Pun begitu, ada segelintir penonton yang menganggap ia sekadar lawak biasa dan tidak perlu diambil serius pun.

Dalam pada itu, minggu pertama ini menyaksikan Hoondoo muncul sebagai peserta yang berjaya merebut kedudukan teratas dengan markah tertinggi iaitu sebanyak 81 Peratus.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...