Ikuti Kami:

Langgar SOP COVID-19, Choi Jinhyuk Tangguh Aktiviti Seni & Undur Diri Dari ‘My Little Old Boy’

Langgar SOP COVID-19, Choi Jinhyuk Tangguh Aktiviti Seni & Undur Diri Dari ‘My Little Old Boy’

Selepas ditangkap melanggar peraturan pencegahan COVID-19, Choi Jin-hyuk mengumumkan bahawa dia akan emnangguhkan kesemua aktiviti seninya.

Pada 8 Oktober, agensinya mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi menjelaskan bahawa pelakon tersebut berada di bar berkenaan tanpa mengetahui bahawa salah untuk premis berkenaan dibuka sekaligus melanggar peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Pada 6 Oktober, Choi Jin-hyuk melanggar peraturan COVID-19 semasa bertemu dengan rakannya. Rakan Choi Jin-hyuk membawanya ke bar dan mengatakan bahawa ianya boleh dibuka hingga selepas 10 malam dan dia tidak mengetahui adalah salah bagi bar untuk beroperasi. Oleh sebab itu, dia menyangka bahawa dia dibenarkan untuk berada di premis berkenaan lebih dari jam 10 malam.

Dia berada di bar itu kerana rakannya mencadangkan mereka ke sana untuk berbual dengan tenang. Namun, kerana ia adalah bar yang tidak dibenarkan beroperasi mengikut tahap peraturan penjarakan sosial kini, kealpaan dan kesalahannya tidak memastikan peraturan pencegahan COVID-19, dia sedar tiada alasan atas tindakan itu. Dengan menundukkan kepala, dia memohon maaf.

Choi Jin-hyuk sedang bermuhasabah diri dan akan memastikan perkara yang sama tidak berulang pada masa hadapan. Sebagai agensinya, kami akan melakukan sebaik mungkin untuk menguruskan selebriti di bawah jagaan kami.

choi jinhyuk

Daripada sesi hiatusnya kini, Choi Jin-hyuk akan mengundurkan diri daripada program “My Little Old Boy” di mana dia merupakan ahli tetap. Malah pihak SBS akan cuba menyunting babak pelakon itu sebanyak mungkin dalam episod akan datang.

Semoga jadi pengajaran.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...