Ikuti Kami:

Lama Sorok, Byul Dedah Sebab Kenapa Dia & Haha Buat Keputusan Untuk Kongsi Gambar Anak

Lama Sorok, Byul Dedah Sebab Kenapa Dia & Haha Buat Keputusan Untuk Kongsi Gambar Anak

Biasanya selebriti Korea lebih senang ‘menyorokkan’ identiti anak-anak mereka bagi mengelak daripada menjadi perhatian umum secara tak langsung membantu mereka untuk membesar dengan tenang.

Sama juga dengan ahli “Running Man”, Haha dan isterinya iaitu penyanyi Byul yang lebih senang untuk menyembunyikan ketiga-tiga anak mereka daripada didedahkan di mana-mana saluran media.

Walaubagaimanapun, kalau anda perasan, pasangan itu kini telah pun berkongsi wajah dua anak lelaki dan seorang anak perempuan mereka iaitu Dream, Soul dan Song. Baru-baru ini, Byul ada berkongsi kenapa mereka membuat keputusan untuk menunjukkan kepada seluruh dunia setiap daripada anak mereka.

anak haha dan byul

Bermula dengan pendedahan anak sulung Dream pada November lepas, penyanyi wanita itu menjelaskan bahawa dia berasa risau sekiranya ada pihak yang tidak menyukai anak-anaknya.

Mengakui bahawa dia tiada niat pun untuk mendedahkan wajah anak-anaknya, namun tanpa segaja ia telah diketahui umum. Bahkan Dream sendiri meluahkan bahawa dia mahu mempunyai pendapat sendiri selain ingin berjumpa dengan ramai orang.

Saya risau orang tidak suka melihat anak-anak saya, jadi sebagai seorang ibu, saya berasa sangat lega dan bersyukur kerana semua orang menyukai Dream, Soul dan Song. Saya berterima kasih kepada semua yang menyayangi saya, suami dan anak-anak kami.

anak haha dan byul

Kalau anda nak tahu, Dream dilahirkan pada tahun 2013, setahun selepas pasangan itu mengikat tali perkahwinan. Manakala Soul dilahirkan pada tahun 2017 dan Song pula pada tahun 2019.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...