Ikuti Kami:

Lakonan Suzy Dalam Drama ‘Vagabond’ Jadi Perdebatan Netizen

Lakonan Suzy Dalam Drama ‘Vagabond’ Jadi Perdebatan Netizen

Walaupun melakukan kemunculan pertama menerusi kumpulan idola ‘Miss A’, Suzy lebih mendapat tempat di mata netizen menerusi drama dan filem lakonannya. Mula menceburi bidang lakonan menerusi filem ‘Architecture 101’, nama Suzy kian sinonim sebagai pelapis baru bagi bidang lakonan. Tambahan lagi, selepas kumpulan ‘Miss A’ berpecah, gadis itu lebih banyak menumpukan perhatian dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Antara drama popular yang pernah diterajui olehnya ialah ‘Dream High’, ‘Big’, ‘Gu Family Book’, ‘Uncontrollably Fond’ dan ‘While You Were Sleeping’. Walaupun sudah menjadi heroin untuk beberapa drama, ramai netizen yang masih ragu-ragu dengan bakat lakonannya. Ada yang mempertikaikan pelakon wanita itu sebagai kayu dan tidak pandai menyampaikan emosi menerusi memek mukanya.

Selepas setahun tidak berlakon dalam apa-apa drama, Suzy kembali mengasah bakatnya menerusi naskhah terbaru iaitu ‘Vagabond’ yang ditayangkan di SBS dan Netflix. Gandingan pelakonnya juga bukan calang-calang pelakon iaitu Lee Seunggi. Ramai yang mempunyai harapan yang tinggi terhadap kedua-dua teraju utama ini kerana plot drama ini yang berat dan perlukan bakat lakonan yang tinggi atas sebab banyak babak aksi yang mencabar.

vagabond suzy berlakon kayu

Walaubagaimanapun, selepas beberapa episod ‘Vagabond’ ditayangkan, rata-rata penonton mengkritik lakonan Suzy sebagai tidak bagus. Mereka juga mempersoalkan kebolehannya berlakon kerana walaupun sudah hampir 9 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, masih tiada peningkatan.

“Kalau ini yang terbaik yang boleh dipersembahkan olehnya, mungkin patut mula menerokai peluang lain.”

“Dia ada 9 tahun pengalaman dan pernah menang anugerah ‘Top Excellence’ termasuklah beberapa peranan utama dalam drama tetapi dia lagi teruk daripada pelakon tambahan.”

“Saya hilang fokus bila lihat dia.”

“Saya rasa ton suaranya adalah penyebab utama. Bila dengar suaranya dalam iklan Lancome dan Biotherm, suaranya seperti terapung di udara. Dia kurang kemahiran penyampaian bagi menarik penonton.”

“Kalau fokus utama awak adalah untuk kelihatan cantik dalam setiap babak, lakonan awak akan hancur. Lakonannya masih teruk seperti selalu.” 

vagabond drama suzy kayu

Pun begitu ada juga sesetengah netizen yang memuji lakonan Suzy dalam drama ini, tak kurang juga yang terpesona melihat kecantikannya.

“Lakonan Suzy sangat bagus, lakonan Lee Seunggi juga bagus, babak aksinya memang hebat, kualitinya juga hebat. Seronok betul.”

“Wajah dan lakonan Suzy sedang bekerja keras.”

Mungkin baru beberapa episod ditayangkan, jadi lakonannya masih nampak kaku. Cuba kita lihat selepas tayangan beberapa episod lagi, mungking ada peningkatan.

Sumber: Naver, Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...